疑難雜症萬事通
在網路上遇到任何問題都可以在這邊找找看唷

Search

ini file的相關標籤

相關貼文 相關照片 相關影片
Salam ya Kekasih Allah ❤️🙏🏽 “Sebentar tadi aku menerima panggilan Whatsaap dari Sahabat lama ku, yang mana dulunya di Germany kami saling bertukar fikiran tentang kisah yang mengisahkan kewujudan alam semesta dan kejatian diri yang mana bertaut tali dengan ujud Tuhan, sehinggalah suatu masa itu, keterangan Bible nya kehilangan kekuatan daya kesan pada kesahihannya. Dia marah-marah, persoalan Jah Tuhan nya gagal diperlihatkan kejatiannya. “I miss you Lepat maaan!, I miss talking with you my Broda Lepat maaan..” Maka kami pun bersembang panjang, dia mula menzahirkan setulus pengakuan yang dia rindu untuk mendengar ilmu Kerohanian yang ada bersangkutan dengan Islam sepertimana dulu nya, yang mananya amat di tentangi oleh akal fikirnya dengan sekeras kerasnya. Lalu ku terangkan kepada Fire Black Sahabat ku seorang penyanyi irama Reggea yang hebat yang mananya berasal dari Jamaika, bahawa Al Quran adalah satu kitab suci dari Tuhan yang tidak mampu di reka tambah atau di ubah oleh sesiapa pun. Kerana Al Quran memberi petunjuk bahawa segalanya lengkap dan tiada tokok tambah lagi dalam urusan untuk menyatakan kesahihannya, dan apabila kita ingin mengusuli tentang ILMU MENGENALI DIRI DAN MENGENAL TUHAN‘, ternyata segala bukti didalamnya adalah sangat padat dan tepat Surah 3 Ali ‘Imran, di ayat ke 19, Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud - “Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam.” Surah 3 Ali ‘Imran, di ayat ke 19, Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud - “Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam.” Allah SWT berfirman bermaksud - “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.”- Surah al-Ma’idah, ayat 3 Malah sempat ku sedarkan kepada Fire Black, sesungguhnya didalam al-Quran juga dijelaskan sesiapa yang mencari agama selain daripada Islam, maka usahanya tidak akan diterima sama sekali sehingga pada akhirat nanti, mereka tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang rugi. “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak daripada orang yang rugi.”- Surah Ali ‘Imran, ayat ke 85 Aturan Allah SWT memberi petunjuk bahawa Islam adalah agama yang diredai-Nya. Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud, “Sesungguhnya Allah membela golongan yang beriman, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.” - Surah al-Hajj, ayat ke - 38 "So please Fire Black take a note of what am I going to say and file it up in your mind, “Please learn the art of knowing yourself, ask yourself, Who is your true self?. Where did you come from? and where are you going? And know that by knowing yourself, you will know the one and only., QURAN is like a FRIEND, the more time you spend with it, MORE it will share its secrets with you..” Kemudian setelah kami berhenti berbicara, Hati ku disapa rasa kerinduan kepada Sahabat ku Fire Black, Ku capai iPod ku, seterusnya memainkan lagu nyanyian dari Sahabat ku Fire Black. Dan sebaik sahaja nada suaranya kedengaran, Jiwa ku pun menari, perasaan ku ceria, hati ku dipeluk rasa gembira, Alhamdulillah hirrobbil alamiiin, Sesungguhnya Allah adalah Cinta dan Muhammad adalah Kasih sayangnya..” . .❤️ https://youtu.be/q9MN61D6CjE . .🌷LEPAT🌷

Salam ya Kekasih Allah ❤️🙏🏽 “Sebentar tadi aku me...